Friday 16 November 2012


RESIS
Satu aktiviti menggambar yang dihasilkan dari warna basah dan contengan lilin. Lilin digunakan untuk menutup kawasan permukaan kertas atau kain.

Gambar  dihasilkan menerusi sapuan warna basah atau cat basah di atas permukaan kertas yang disapu lilin. Lilin digunakan sebagai penghadang untuk melindungi warna asal atau warna asli sesuatu permukaan daripada terkena warna baru.  Lilin/ krayon lilin bertindak sebagai alat untuk membuat garisan atau lakaran di atas kertas dan diwarnakan permukaannya. Permukaan kertas yang diliputi lilin tidak akan menyerap warna.

Resis boleh juga dijalankan dengan cara menggunakan tindihan lilin dan menyapu warna secara berperingkat  dari warna terang ke gelap.
Glosari Seni Lukis: resis didefinisikan sebagai suatu kaedah melukis cat air dengan menyapu cat ke permukaan yang telah disapukan lilin di bahagian yang tidak hendak dicat atau diwarnakan.











MENGGAMBAR

LUKISAN
Lukisan merupakan kerja-kerja peringkat awal bagi menghasilkan kesan garisan dalam usaha untuk menimbulkan sesuatu imej dengan menggunakan media kering atau media basah ( bukan sapuan ). 
Media yang sering digunakan adalah seperti pensil, kapur, pen, krayon, arang, pastel, pen marker dan pensil warna. Penggunaan warna dalam lukisan adalah terhad. jelasnya lukisan bermaksud garisan yang membentuk imej tanpa menggunakan warna atau warna yang terhad.

Asas Sebelum Melukis
1. objek/ item
2. pencahayaan
3. perspektif















GOSOKAN
Proses menggosok dan merekod corak daripada permukaan yang berjalinan. Cara untuk merakamkan berbagai jalinan pada sesuatu permukaan. Penerokaan melalui deria sentuh yang terdapat di sekeliling murid.

Apabila salah satu atau kedua-dua objek digerakkan di antara satu sama lain, maka gosokan akan terhasil. Kesan jalinan tampak diperolehi dengan menggosok dakwat, pensel, kapur ke atas sekeping kertas yang diletakkan di atas suatu permukaan yang berjalinan. Satu eksplorasi permukaan bagi mengembangkan pemahaman dalam penggunaan jalinan dan ton.
Kamus Dewan: gosokan bermakna bergeser, bergesel, menggosok dengan (tangan, barang dan lain-lain) menggunakan sesuatu untuk menggosok.

Glosari Seni Lukis : gosokan bermakna pemindahan reka bentuk atau corak dari sesuatu permukaan ke permukaan lain dengan cara menggosokkan pensel di atas permukaan yang hendak dipindahkan.







Wednesday 24 October 2012





1.


Matlamat mata pelajaran ini adalah bertujuan untuk membentuk keperibadian generasi Malaysia yang celik budaya, mempunyai nilai-nilai estetika yang tinggi, imaginatif, kritis, kreatif, inovatif dan inventif.Selain itu, ia juga bertujuan untuk meningkatkan rasa kesyukuran terhadap Tuhan, menghargai keindahan alam persekitaran, keindahan seni dan warisan bangsa serta dapat menyumbangkan ke arah pembangunan diri, keluarga, masyarakat dan negara.Seni dalam penidikan ini juga mengintegrasikan tiga kompenan yang mampu melengkapkan pembinaan otak kanan dan otak kiri. Ia bertitik tolak daripada pengintergrasian inilah perkembangan menyeuruh dari segi jasmani , emosi, rohani dan intelek akan berlaku



Seni dalam pendidikan

Pendidikan Seni Visual menjurus kepada seni tampak dan tidak merujuk kepada seni lain seperti seni muzik, seni sastera, seni tari dan seni mempertahankan diri.Seni Dalam Pendidkan lebih menegaskan kegiatan dalam proses penghasilan dengan melibatkan aspek pemahaman, penghayatan dan kritikan. Proses ini menyentuh perasaan estetika dan daya kreativiti individu melalui penajaman daya intuisi, persepsi, imaginasi dan konsepsi guru. Dengan ini, guru diharapkan dapat mengamalkannya.Seni Dalam Pendidikan merangkumi perkara yang berkaitan dengan seni , muzik dan pergerakan.

    Guru dilatih untuk melihat sesuatu dengan perspektif yang lebih luas sama ada daripada aspek estetik mahupun gunaan. Melalui kefahaman aspek guru dapat menerapkan penghayatan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.Selain itu guru juga didedahkan dengan ilmu seni visual, muzik dan pendidkan jasmani yang berkaitan dengan bidang tertentu dan juga dapat menerapkan budaya menghargai serta dapat mengaplikasikan ilmu yang diperolehi sewaktu proses pengajaran dan pembelajaran dalam kelas.